Cara Servis Aircond Rumah Semudah 3 Langkah
Penyaman udara mungkin antara alatan yang kerap digunakan. Ini bermaksud anda perlu tahu cara penjagaan penyaman udara anda supaya ia dapat berfungsi dengan lebih lama dan lebih baik. Penggunaan secara kerap juga menyebabkan unit penyaman udara penuh dengan kotoran, habuk, bakteria berbahaya, kuman dan juga kulat. Ini bermaksud anda sentiasa bernafas dalam udara yang tercemar dan berpotensi kepada penyakit dan risiko kepada kesihatan. Lebih-lebih lagi kanak-kanak atau yang mempunyai masalah pernafasan. Baca maklumat di bawah ini dan ketahui bagaimana anda boleh mengelakkan perkara-perkara di atas.
1. Pembersihan Penapis
Setiap penyaman udara dilengkapi dengan penapis. Penapis ini perlu dibersihkan setiap bulan. Namun ia bergantung kepada penggunaan. Makin kerap anda guna, kami syorkan anda mencucinya sekali sebulan.
2. Pembersihan Unit Dalam (Indoor)
Bergantung kepada kekerapan penggunaan, untuk penggunaan yang biasa atau normal, anda perlu mencuci penapis penyaman udara anda sekurang-kurangnya 2 bulan sekali. Jika anda tidak yakin untuk melakukannya cari juruteknik atau professional yang boleh membantu anda melakukan kerja pembersihan terutamanya yang melibatkan pembersihan coil dalam. Anda juga perlu rajin bersihkan permukaan unit penyaman udara anda.
Pembersihan yang kerap penting supaya anda dapat memanjangkan hayat unit penyaman udara anda dan memastikan udara sekitar bersih sekaligus menjimatkan tenaga elektrik.
Selain itu cucian kimia juga perlu dilakukan sekurang-kurangnya sekali pada setiap tahun. Sebaiknya ia perlu dilaksanakan oleh golongan yang profesional. Cucian kimia dapat membunuh bakteria, virus, dan juga kulat yang boleh mengakibatkan alahan, resdung dan juga asma.
3. Pembersihan Unit Luar (Condenser)
Unit luar (condensor) anda juga perlu dibersihkan untuk mengelakkan kotoran terkumpul sekaligus akan membuatkan unit ini tersumbat dan tidak dapat berfungsi dengan baik. Kebiasaannya unit luar akan dikotori pasir dan daun-daun dari pokok yang gugur. Pembersihan unit dalam dan unit luar boleh dilakukan oleh pakar-pakar penyelenggaran penyaman udara yang boleh didapati secara online atau pengesyoran oleh kawan-kawan anda.
Kesimpulan
Cara servis aircond rumah sememangnya mudah untuk dilakukan. Pastikan juga anda membuat servis pada penyaman udara anda pada setiap 6 bulan sekali (bergantung pada penggunaan serta keadaan persekitaran). Ini bagi memastikan penyaman udara anda sentiasa berfungsi dengan baik. Penyaman udara yang tidak diselenggara dengan baik akan menyebabkan banyak masalah akan timbul. Antaranya ialah:
- A. Kurang sejuk
- B. Bil elektrik bulanan akan meningkat
- C. Saluran paip akan tersumbat dengan kotoran dan menyebabkan air menitis ke dalam rumah
- D. Jangka hayat compressor dan motor tidak bertahan lama
- E. Rosak dan kadangkala tidak boleh digunakan lagi