Pernahkah anda merasa bahawa penyaman udara anda tidak cukup sejuk? Ini kerana terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi sistem penyejukan.
Jika anda mempunyai bilik yang besar dan kapasiti penyejukan (cooling capacity) penyaman udara yang tidak mencukupi, ia boleh menyebabkan anda berasa penyaman udara anda tidak cukup sejuk. Faktor-faktor yang menyebabkan penyaman udara anda tidak sejuk adalah, bilangan orang yang ramai di dalam satu bilik, bilangan barangan elektrik yang banyak, tingkap yang menyerap haba dari luar dan arah aliran untuk mengeluarkan haba, maka bilik anda tidak akan berasa sejuk.
Jom ikuti penjelasan lanjut tentang faktor-faktor ini:
-
1. Ruang (Saiz)
Saiz bilik atau ruang dimana anda ingin memasang penyaman udara merupakan faktor yang sangat penting. Keupayaan penyaman udara untuk ruang tamu tentunya tidak sama dengan ruang tidur kerana saiz yang berbeza. Oleh itu secara logiknya penyaman udara yang mempunyai kapasiti penyejukan yang lebih tinggi diperlukan untuk ruang atau saiz bilik yang lebih besar.Anda digalakkan untuk sentiasa memilih penyaman udara yang sepadan dengan saiz bilik. Bilik yang besar sepatutnya dipasang dengan penyaman udara yang lebih besar dan lebih berkuasa untuk memenuhi keperluan dengan berkesan. Ini kerana penyaman udara yang kurang berkuasa akan berakhir dengan pembaziran yang banyak terhadap tenaga elektrik memandangkan penyaman udara perlu bekerja keras untuk menyejukkan bilik tersebut. Pada masa yang sama penyaman udara yang kekurangan tenaga akan menyebabkan kadar bil yang tinggi. -
2. Tingkap
Lebih banyak tingkap bermaksud lebih banyak haba yang datang daripada luar. Tingkap yang terlindung dengan baik dapat mengurangkan beban penyejukkan. Cadangan yang terbaik untuk menghalang haba dari tingkap ialah dengan memasang langsir. -
3. Bilangan Alat Elektrik
Kebanyakan alat elektrik mengeluarkan haba terutamanya lampu dalam rumah. Bilangan peralatan elektrik di dalam bilik seperti mentol pijar, televisyen , dan komputer boleh meningkatkan beban penyejukkan. Untuk mengelakkan masalah ini dan bagi mendapatkan hasil yang terbaik, pasanglah penyaman udara anda jauh daripada cahaya atau objek yang menyebabkan kepanasan semasa penyaman udara berfungsi. -
4. Bilangan Orang
Setiap orang mengeluarkan haba daripada badan mereka. Lebih ramai orang bermakna lebih banyak haba yang dikeluarkan. Oleh itu pemilihan penyaman udara dengan kapasiti pendinginan yang sesuai haruslah dititikberatkan supaya haba dapat dipindahkan keluar dengan sebaik mungkin dan setiap pengguna dapat merasa selesa.Contohnya, sebuah rumah dipasang unit penyaman udara untuk kegunaan harian memberi keselesaan kepada penghuninya dalam kegunaan seharian mereka. Namun, keadaan sebaliknya berlaku semasa hari perayaan atau kenduri apabila ahli keluarga terdekat, jiran dan rakan hadir ke rumah tersebut. Pengguna telah bertambah dan kedaan menjadi kurang selesa kerana wujud pertambahan haba. -
5. Arah dan kedudukan bilik
Sekiranya bilik menghadap ke arah barat atau timur, radiasi haba akan berlaku melalui dinding dan menyebabkan suhu bilik meningkat. Oleh itu, ia akan meningkatkan kapasiti penyejukan yang diperlukan.