Secara umum, terdapat 5 jenis penyaman udara yang digunakan dengan meluas di tempat tinggal, bangunan pejabat mahupun komersil. Berikut adalah 5 jenis penyaman udara tersebut:-
1. Wall Mounted
Kompak dan padat, ia sangat sesuai untuk bilik kecil seperti bilik tidur dan ruang tamu yang terhad.
-
Kelebihan:
- • Rekaan moden dengan pelbagai pilihan.
- • Mempunyai ciri-ciri tambahan.
- • Mudah dipasang.
- • Mudah didapati.
-
Kekurangan:
- • Tidak sesuai bagi penggunaan secara heavy-duty.
2. Ceiling Cassette
Sesuai untuk bilik kecil seperti bilik tidur ATAU bilik yang lebih besar seperti pejabat, restoran dan bilik mesyuarat
-
Kelebihan:
- • Sesuai dipasang di bilik kecil mahupun bilik besar.
- • Pengudaraan yang baik di mana mempunyai aliran 4 dimensi.
-
Kekurangan:
- • Memerlukan plaster siling atau ruang yang mencukupi untuk unit ceiling cassette.
3. Floor Standing
Membekalkan hembusan angin yang kuat, sesuai untuk kawasan yang mempunyai trafik yang tinggi seperti kedai, restoran dan lain-lain.
-
Pro:
- • Mudah dipasang dan anda tidak perlu bimbang tentang pemasangan kerana ia boleh diletakkan di atas lantai.
- • Penyejukan pantas kerana kipasnya yang besar menghasilkan angin yang lebih kuat.
-
Kontra:
- • Penggunaan ruang yang terhad.
4. Ceiling Concealed
Penyaman udara yang tersembunyi pada atau dalam siling, sesuai untuk bilik tanpa mengganggu keseluruhan hiasan dalaman.
-
Pro:
- • Ruang kelihatan kemas dan bersih tanpa unit penyaman udara.
-
Kontra:
- • Susah untuk dipasang kerana ia tersembunyi di siling.
- • Susah untuk melakukan kerja penyelenggaraan.
5. Portable Aircond
Boleh diletakkan di mana sahaja. Hanya pasang plag dan anda boleh terus menggunakannya!
-
Pro:
- • Kompak.
- • Tidak perlukan pemasangan.
- • Boleh digunakan sama ada dalam mahupun luar bangunan.
-
Kontra:
- • Hanya boleh digunakan dalam ruang kecil hingga bersaiz medium.
- • Tidak begitu efisien jika digunakan di luar bangunan.
- • Bunyi yang lebih besar berbanding Wall Mounted kerana pemampat (compressor) berada dalam unit penyaman udara.
- • Perlu salurkan udara haba yang dikeluarkan.