Adakah Anda Rasa Penyaman Udara Anda Tidak Sejuk?
Kalau jawapan anda adalah ya, jangan risau! Banyak rakyat Malaysia yang menghadapi masalah seperti ini. Jom kita bincangkan antara sebab-sebab penyaman udara anda tidak sejuk dalam artikel ini. Antara sebab utama adalah:
1.Kapasiti penyaman udara anda tidak mencukupi
Jika anda mempunyai bilik yang besar dan kapasiti penyejukan (cooling capacity) penyaman udara yang tidak mencukupi, ia boleh menyebabkan anda merasa penyaman udara anda tidak cukup sejuk. Faktor-faktor yang menyebabkan penyaman udara anda tidak sejuk adalah, bilangan orang yang ramai di dalam satu bilik, bilangan barangan elektrik yang banyak, tingkap yang menyerap haba dari luar dan arah aliran untuk mengeluarkan haba, maka bilik anda tidak akan berasa sejuk.
2. Penapis udara (filter) anda perlu sentiasa dalam keadaan bersih.
Jika ia tidak dibersihkan, penapis udara akan menjadi kotor dan menghalang kitaran penghawa dingin tersebut. Antara penyebab kekotoran adalah kerana terlalu banyak debu dan ia harus dicuci setiap bulan. Jika tidak dicuci, ia boleh menghalang penyejukan udara di sekitar bilik anda.
Anda mungkin telah membeli penyaman udara dari Acson tetapi tidak mendapatkan khidmat pemasangan yang profesional. Ini boleh menyebabkan penyaman udara anda dipasang secara salah atau cara pemasangannya tidak mengikuti standard arahan yang ditetapkan seperti jarak siling (ceiling) dari penyaman udara tidak betul atau unit luaran penyaman udara anda diletakkan di tempat yang tidak sesuai.
4. Penyaman udara kurang gas penyejuk (refrigerant)
Faktor utama yang boleh menyebabkan gas menjadi kurang adalah kerana kebocoran paip. Jika tiada kebocoran berlaku kepada paip gas, maka gas penyejuk tidak akan berkurang sepanjang hayatnya. Ramai pengguna salah faham terhadap kekurangan gas penyejuk kerana kurang informasi dan pendedahan terhadap sistem penyaman udara.
5. Kegagalan Kompresor
Kompresor adalah antara komponen penting dalam system penyaman udara, ianya dianggap sebagai ibu kepada komponen-komponen yang lain. Jika kompresor tidak dapat berfungsi dengan baik, maka sistem penyaman udara tidak akan berjalan dengan sempurna. Contohnya, kompresor “Amp tinggi”, kompresor gagal berfungsi dan sebagainya.
5 faktor yang dibincangkan kebiasaannya kerap berlaku. Terdapat juga faktor-faktor lain yang menjadi penyebab ianya boleh berlaku. Untuk mendapatkan kepastian, sila hubungi pakar-pakar bahagian teknikal yang berkaitan dan berdekatan.