Dalam era digital hari ini, pengguna lebih cenderung memilih produk yang cekap tenaga. Salah satu produk yang mendapat maklum balas positif dan signifikan ialah evolusi teknologi terkini; teknologi inverter dalam sistem penyejukan yang dapat meningkatkan kecekapan tenaga, memberikan keselesaan yang lebih baik dan menawarkan operasi yang lebih senyap.
Sebelum ini, pemampat (compressor) adalah sistem penyaman udara yang berfungsi pada kapasiti maksimum atau dimatikan sama sekali. Ia dihidupkan apabila bilik memerlukan penyejukan dan berhenti apabila suhu yang dikehendaki telah dicapai - dan kitaran ini berulang.
Perbezaan ketara antara teknologi bukan inverter dan inverter adalah tahap penggunaan elektrik. Inverter digunakan untuk mengawal kelajuan motor pemampat, untuk terus mengawal suhu. Keupayaan untuk menyesuaikan outputnya dengan kenaikan kecil untuk mengekalkan suhu malar akan membawa kepada penggunaan elektrik yang efisien dan bil elektrik yang lebih rendah. Sama seperti seorang pelari maraton yang mengekalkan kadar yang sesuai semasa berlari supaya dia boleh menghabiskan larian tanpa membuang tenaga.
A. Memberikan suhu yang kekal dan selesa
Dengan adanya teknologi inverter, unit penyaman udara dapat meningkatkan kecekapan dan menghapuskan aktiviti turun naik mendadak dalam beban. Oleh itu, ia dapat memberikan suhu yang sekata dan lebih selesa.
B. Bunyi yang senyap dalam rumah
Dengan kawalan kelajuan motor dalam teknologi inverter, anda boleh memastikan unit penyaman udara anda akan lebih senyap.
C. Pulangan modal yang baik
Unit inverter mungkin lebih mahal berbanding dengan unit bukan inverter tetapi bil elektrik anda akan lebih rendah. Ia juga dapat mengatasi kehilangan kuasa dan dapat menjimatkan sehingga 30%-40% lebih banyak tenaga sekaligus menghasilkan penjimatan yang lebih besar dalam jangka masa panjang. Teknologi penjimatan tenaga ini juga menjamin penyejukan kuasa sebenar dalam tempoh masa yang lebih singkat. *Namun ia bergantung kepada penggunaan.
Tumpuan utama teknologi inverter adalah dalam bidang kecekapan prestasi dan dengan Teknologi Inverter Acson, anda pasti dapat menikmati keselesaan di hujung jari. Digabungkan pula dengan penyaman udara yang bergaya dan mekanik dalaman yang mesra alam.
Teknologi Inverter Acson telah mencapai Rating 5 Bintang Kecekapan Tenaga oleh Suruhanjaya Tenaga Malaysia menjadikannya salah satu model penjimatan tenaga pilihan ramai. Dengan pelbagai produk dan model inverter yang mesra alam oleh Acson, anda boleh memastikan keselesaan orang tersayang dan wang poket anda tidak terjejas oleh kenaikan bil elektrik.